Thursday, January 7, 2016

Tragedi hari ke 3 persekolahan...


Assalamualaikum..

baru sekolah 3 hari sudah ada tragedi pulak yer


Ni si Leman punya ceritala ni.


Lepas habis sekolah memang dia tahu nak carik mak dia kat mana. Sampai2 jer aku pun senyum2la. Sebab tengok dia ok jer. Baju pun xderla terkeluar lagi mcm hari pertama hari tu. Tie pun melekat lagi kat leher dia.
Lepas aku belek2 baru aku sedar sesuatu.



" Ya Allah Aimann, kenapa bawak beg ni. Nikan beg sekolah agama. "

Mulut aku mulala pot pet.

Aku bukak beg dia kot2 dia tukar beg ker. 
Kompem edak. Buku buku semua buku kafa.

Ini bermaksud dia xder bawak dompet duit, xder bekalan makanan & botol air.
Aiman x makan & minumla sepanjang petang tu.
Aduuuss.. Siannnya anak aku ni. patutla lesu semacam jer.


Bila aku tanya ngaper x bawak beg sekolah petang, Aiman LUPA, ustazah x bagi.huhuu

Ooohh anak

Melepakla dia kat kolam ikan semasa rehat tu.



Ini beg yang patut dia bawak.


Pagi tadi p kafa kena terang kat dia balik. Jugak pesan kat ustazah tolong tengok tengokkan.

Harap harap hari ni dia okla.


No comments:

Post a Comment