Assalamualaikum..
Jumaat lepas lebih kurang pukul 1.20 somi telepon.
" ma, tadi cikgu Aiman kol. Aiman muntah muntahla. Dah 2 kali muntah. Nangis2 nak mama. Dia ada kat kantin tu. Belum masuk kelas lagi"
Lorrr pagi tadi elok jer. tetiba pulak.
Hmmm mengenangkan yg dia dah nangis maka aku pun sukarela mengambiknya dari sekolah. Nak tunggu somi ambik, dia habis kerja kol 3. Lama pulak Aiman nak menunggu. Sian.
Sampai sekolah, cikgu dah bawak dia rehat kat bilik kaunseling. sampai jer aku kat sana aku tengok Aiman ngah duduk kat kerusi sambil ditemani ngan sorang cikgu.
" Haii Aiman"
tersengih sengih dia nampak mak dia.
Aku pegang dahi dia. Xla pns sangat. Hmm maybe perut masuk anginla tu.
Selepas jumpa guru kelas aku pun bawakla Aiman balik opis.
"Ngapa Aiman muntah? Aiman tadi x makan ker?"
"Hmm tadi kat kantin bau busuk sangat. Aiman x tahan. Aiman muntah kat bilik air. Bilik air pun busuk gak"
Adoooii kes bau busuk rupanya. Sensitip beno deria bau dia ni.
memandangkan aku lom lunch lagi, singgahla kepci membungkus.
Elok jer budak ni makan. Berselera ajer. Agaknya cuaca panas dan bau busuk tu yg buat kepala dia pening jap.
Aiisshh saspen jer kamu ni Aiman.
Alhamdulillah, sihat dah dia. pening sikit sikit jer. Anak manjala katakan.
Udah lompang 1 hari kehadiran.
No comments:
Post a Comment