Friday, November 13, 2015

Naik cable car lagi extra SKYBRIDGE.. ada bran!


Assalamulaikum..

Kena tulis cepat2 ni sebelum ada gangguan.. kiii

Berkisar Langkawi lagi..


Sampai Langkawi pagila sangat..  Jadi lambat pun sebab dapat kereta lambat.. semua ni salah somi.. Cakap ngan penyewa kereta sampai kol 11.. sedangkan 9.30 dah selamat landed.. 

Percutian kali ni temanya rehat rehat and relaks..

kita jln slow slow, makan makan tido tido  renang renang

Xder rush nak mangrove or what so everlah.. sebab last year br buat semua tu kan..

So kali ni free n easy


Somi tanya, kemana haluan kita ni?
Jam baru kol 10.30

Okla, jomlah kita ke mat cinchang naik cable car lagi.. lepas tu kita berjemuran di pantai sahaja.

^____^


x banyak berubah .. masih sama seperti yg lepas




Harga tiket sekarang siap ngan pakej..
cable car + sky dome

Harga sila lihat website yer.. :)

Aku beli pakej siap ngan Art muzeum.. x silap sorang rm47


Sky dome ni baru lagi kot. Ms aku pergi dulu xder. Dulu sblm naik cable car kena beratur jer. Tapi sekarang sebelum naik cable car, kena masuk 1 bilik. merasai pengalaman menonton seperti 6D. naik roller coaster gitu. lbh kurang 5 mnt ajer kot. 

Dah habis baru sambung beratur balik.



Duduk depan sekali.. puas hati sebab nmpk skrin beso. 

Sekarang belum cuti sekolah lagi tapi masa aku p hari tu ramai gak tourist dr oversea. Ramai mat/minah salih. Beratur panjangla jugak.



Bebudak ni memang ikut gen mak diala. x gayat. bapaknya pun x gayat tapi pening kepala ajer katanya. Alhamdulillah, deme relak jer. x takut sepanjang dok dlm cable car.





cable car mmg akan turunkan org kat perhentian yg pertama. kat siti aku lepak jap jer. cuaca agak terik ngan anak2 yg lari sana sini . Tak sabo aku nak naik ke perhentian seterusnya. 
Edakla nak hayati sangat. Tengok gitu gitu jer.
Okeila jom kita beratur balik. Naik atas. 

Fuhh panjangnyala barisan,

Cuti sekolah kompem lagi bengkang bengkok barisannya.




Gayat!!
Edakla.
Siap intai atas bawah.
Nasib baik cable car tu share ngan org lain(6 org)
Kalo aku sefamily mau deme lompat2 dlm tuh.

Kali ni aku sefamily dapat pergi ke skybridge. Thn lepas 'close fr maintenance'.
Nak pergi ke skybridge pun kena beli tiket lain.
Adult:RM5, Kid:RM3



Sesaper yg ada anak kecik/baby x digalakkan kesini sebab jalan dia sangatla MERBAHAYA. 
Perjalanan ambil masa 10minit. Tapi 10minit tu macam 1jam gak rasanya.
Saper yg dah lama x p jungla tracking, lehla try naik skybridge ni.

tercungap cungap sepanjang pergi n balik.

Dah naik kat atas nikan, alang alang kenala try naik skybridge. Sanggup tempuh tu.



tak dela gambo sepanjang jungle tracking tu. 1  tangan dok pegang Dsha, 1 lagi pegang besi. Mulut dok bebunyi jer sebab Aiman lari lari. Aiiishh memang xder hati langsung nak begambo.

Alhamdulillah, selamat sampai selepas kembang kempis hidung ni.
Somi baru jalan jap, tetiba dia kata pening kepala. X adala dia nak berjalan sepanjang skybridge tu.

Aku n anak anak jerla.




 Atas tu.. perhentian cable car



Lantai ni transparen. Kaca. So boleh nampak bawah.




Aku baru try pakai monopod. Pelik naper mata aku asik juling keatas ajer. ciss salah tengok rupanya.


Ni penghujung skybridge.

Aiman Dsa korang kena bangga sebab berjaya sampai kesini. Papa korang udah pening kat sana tuh. :)

Bila aku uturn balik aku cakapla yg skybridge ni bergoyang. Bila ada angin kuat memang terasa mcm bergoyang. kepala pun tingtong jap.

Terus somi ckp " ooo tadi pa rs skybridge ni goyang. Ingat pa yg pening ".

Ohhh gitu rupanya.

Aku pun nampak cable penyambung bridge tu bergoyang. Cuak gak lama lama kat sini. Nauzubillah.



rehat jap sebelum naik semula ke perhentian.

Nak naik sini jangan pakai high heels ok. Kalo kasut sukan tu memang sesuai sangat.

Next; Art Muzeum..

make sure bateri hp korang 100% charge



No comments:

Post a Comment