Tuesday, August 12, 2014

Masalah Kucing dan Langkah Keselamatan Berganda


Assalamualaikum..

Tajuk panjang kan.

Ni gara gara kucing yg suka berak kat umah aku. Saje jer kucing tu. Sebab dia aku ada  cerita psl kucing. 

 Alkisahnya bermula di SINI


Aku takutla somi aku tu dah hilang sabar. X tentu pasal cedera pulak kucing tu dikerjakan. Lagi pun mana tahan kalo hari2 kena buang taik ajer. Busuk jgn ckpla.

Maka berkunjungla aku laki bini kekedai hardware mencari net.

Beginila sesudah net tersebut dipasang.



X nampak yer. Meh bagi dekat sikit.




  Harap2 berjayala .

Kalau kucing tu panjat tembok pulak, memang aku kena letak kawat durila kat tembok tu nanti. Daring pulak kucing tu.

Tula aku dah bg ngko lepak2 depan umah aku, best jer sejuk. Ngko bagi taik pulak. Haa sekarang sila cari port lain. Padan muka

Aku pasang net ni hari ahad. Sejak semalam lom ada taik kucing lagi. Lega

Selain aku pasang kat pagar, aku pasang kat gril pintu jugak




Marah betol Delisha bila bapak dia psg net ni. Di sepak sepak ngan dia.

Tula saper suruh keluar umah ikut lubang gril ni.



Baru2 ni kan ada kes budak meninggal sebab kepala tersepit kat tingkap. Nauzubilah.

Sebenarnya aku psg net ni sebab memikirkan keselamatan anak anak. Tengokla. Adik abang lepas keluar ikut lubang ni. Anytime diorg boleh keluar rumah.

Setakat keluar sampai area parking tu xper. Ni siap panjat pagar keluar rumah terus.

Adoiiii geramnya


Tahu tahu Aiman dah xder. Selamat dia ketaman sorang2. Memang sakit kepala aku dibuatnya gara2 Aiman ni. Dia punya perangai kalo nak sangat sanggup buat sampai dapat.

Nak minum MILO sanggup berlari ke kedai mlm2. Nak p taman sanggup panjat pagar.

Nasib baik Delisha x tahu nak panjat lagi.

So bila dah psg net kat gril tu memang dua dua x boleh keluar. Melainkan Aiman bukak gril guna kunci.

Aku ngan somi sajer jer nak test Aiman, boleh panjat lagi x pagar tu.

Slamber jer dia panjat ikut tengah2 kat tempat nak selak. 

Aisshhhh

Memang boleh panjat tapi payah sikitla.


 Sel sel otak ngah berkembang. Ada jer cara dia nak buat.


Aku dah berusaha agar Aiman x suka suka nak keluar rumah tanpa pengetahuan aku.

Harap harap dia x pikir diluar kotak mcm mn nak keluar rumah.

Kalo x mak pak memang kena pikir diluar pagar nampaknya.




No comments:

Post a Comment