Assalamualaikum
Ramai yg arif udah bercakap, berbakul bakul nasihat. Jgn manjakan anak ngan bg diorg smartphone.
Ehhh aku xder belikan anak2 smartphone cuma bg pinjam guna ajer.
Lebih kurang jerla tu . Cer aku banyak duit ,mesti aku belikan sorg 1. Maybela.
Aku ngan somi masing2 pakai samsung. Alaa samsung yg basic jer. Aku xder guna dataplan, Kat opis & umah aku guna wifi unifi jer. Unifi pun share ngan jiran sebelah.
Nak dijadikan cerita si Aiman ngan Delisha udah addict sangat ngan internet ni. Siang malam dok pegang hp jer. Aiman guna bpk dia punya, Delisha concuer aku punya.
Balik umah soalan no 1 dr delisha " henpon mama mane? ".
Bangun dari tido jer boleh dia tanya " henpon mane ".
Asik henpon ma mane ajer.
Kalo bpk kerja udah jadi rebutan hp aku.Gaduhla 2 beradik tu. Si Delisha sekarang ni boleh thn jugak garang dia. Di tumbuk abang dia. Dusshh
Haa meraung la Aiman jap. X puas hati di dushh adiknya sekali. Haaaa udah dua2 nangis sebab dua2 dah kena dushh ngan mak dia.
Yg Aiman sanggup x tido siang gara2 dok ngadap hp ajer. org lain dah mimpi sampai london yg dia derk ajer tengok video dlm hp tu.
Balik raya baru2 ni pun sama. Kat kampong manala ada internet. Udah Delisha buat hal. Nak tengok masha & the bear x dpt. Nasib baikla bpk dia dah awal2 donlod kan ckit katon tu. Bila dia try nak tgk katon tu x dapat mulala meraung. Adoiii sakit telinga tolla.
Best katon ni. aku selalu join tengok ngan anak2.
Disebabkan mereka ngan hp ni ibarat kulit dgn kuku maka sejak Isnin baru2 ni aku & somi dah sebulat suara x bg diorg pegang hp lagi.
Apa yg kitorg buat.
Balik kerja jer hp terus kena sorok. Bila bebudak tu ty mn hp, aku cakap hp rosak. repair kat kedai.
Hari pertama tu memang banyak tol pertanyaan drp Aiman.
Apa yg rosak ma ?
Saper buat ma?
kat mana ma?
Bila aku ckp hp ada kat kedai, si delisha boleh cakap apa " ma amikla "
Pandai tolkan bg arahan.
So sepanjang beberapa hari ni jenuh jugakla aku nak berwasap ngan somi aku. Tunggu tengah mlmla baru leh jenguk hp. Tunggu bebudak tu tdo. Kalo edak memang x boleh. Selalunya sampai ke esok pagi baru aku tengok hp tu
Semalam somi cakap anak2 dah x byk tanya psl mana hp. Bila Delisha tanya mn hp, Aiman boleh cakap "nanti adik guna ipad abang yer, kita nengok sama2".
Alloo Aiman, bilala mak nak belikan kamu ipad ni. Bkn mak x nak beli tapi memikirkan keadaan yg sekarang ni memangla mak pak x nak beli.
Sekarang bila hp dah xder diorg back to natural. Main sorok2 dlm tilam, nyorok belakang kapet. Lawan2 guna penyodok sampah. Ohhhh
Haaa mlm tadi Delisha start buat mural kat bilik bibik dia.
Ohhh ohhh
Penat mak nak.
No comments:
Post a Comment