Wednesday, July 2, 2014

Demimu MILO , sanggup ku redah segala rintangan


Assalamualaikum

Ini kisah benar. 
Baru berlaku malam tadi. Buat peringatan aku dan suami.Memang mendebarkan sungguhla. 

Wahh intro pun dah berdebo sangat kan.


Memang saspenla. 
Sebab...



Aiman HILANG..


Betul x tipu..  Aiman hilang.  Cerita nya begini..


Sejak 2 hari yg lepas Aiman mintak air milo. Air milo pulak yg nak dibeli kat 1 restoran mamak,  Restoran Rased. Org bsp tahula restoran ni. Tapi aku x endahkan.Sebab bila blk kerja aku terus pecut amik anak2. X suka singgah2.  Petang semalam dia teringat balik nak minum milo. Selalunya aku buatkan jer kalo dia nak. Tapi milo kat umah dah habis. Lom kesempatan nak beli lagi. 

pic: google


Petang semalam blk dr taska dia mintak lagi. Ajak aku p kedai nak beli milo. Aku ckp mlm nantila beli sebab nak berbuka poser. Non stop mintak sampai bpk dia pun cakap benda yg sama.


Lepas berbuka dia ingat lagi kata2 mak pak dia. Nak milo. Jom p kedai beli milo. Dah malam, jom beli milo. Petang tadi aku ckp tunggu mlm baru beli milo. So bila dah mlm dia ungkitla balik.

Yg aku pulak dah golek2 atas katil. Malas nak kuar srh Aiman keluar ngan bapak dia.


Haaaa kat sinila permulaan kejadian itu berlaku.

Somi cakap yg Aiman bagi tahu nak keluar dulu. Bpk nya yerkanla sebab dia baru nak pakai baju. Bila somi dah siap berbaju tengok2 kat luar anaknya dah xder. Somi carila Aiman sebab baru jer budak tu keluar.

2-3 kali somi balik dok panggil Aiman Aiman. Aku pun pelikla tanya naper. Somi cakap tadi Aiman keluar dulu, skrg dah xder. 2-3 kali somi round jln yg biasa kitorang lalu tapi xder. Adooiii aku mulala cuak. Xkan baru keluar dah xder.


Per lagi aku pun cepat2la tarik tudung. Mencarik aku sampai ketaman tapi mustahil Aiman kesitu sebab dia jarang p taman malam malam. Sampai aku terserempak ngan org yg tolong cari Aiman pun xder. tengok longkang xder. jerit2 nm dia pun xder sahutan.


Dlm kepala mula pkir kalola Aiman dah kena culik and dikurung dlm keteke, umah ker bukan dia boleh buat apa. Ahh sudah. Wlpn dalam hati masih x rasa  benda yg x elok tapi sebab x jumpa jumpa makanya aku pun dah mula berdebo. Ya Allah selamatkanlah anakku. 


Hingga aku terserempak ngan org yg tlg cari tadi, dia kata anak akak dah balik. Haa dah balik, betulker. Cepat cepat aku blk umah. Fuhhhh betulla dia dah balik. Ada  pakcik hantar dia balik umah.


Pakcik tu cakap dia nampak Aiman jln/lari sorang2 kat kat tepi jalan. Pakcik tu tanya nak p mana, Aiman cakap nak beli milo kat pasar ( mlm semlm ada psr ). Bila diajak naik mtr nak hntr blk Aiman x nak. Dia nak beli milo sambil pegang duit rm50. Pakcik tu ngikut jerla Aiman. Pakcik tu naik mtr. Bila Aiman nmpk pasar dah tutup dia p ke petronas pulak. Jrk psr ngan petronas xla jauh sangat. Pakcik tu masih ngikut lagi sampaila Aiman siap beli air kat dlm kedai petrons tu. Baru dia nak ikut pakcik tu balik. Itupun bkn milo yg dibeli tapi ribena sebab milo xder katanya.



simpang tmn umah







Adooiii anak. Sebab milo berani dia berjalan dr umah sampai ke petronas. Memang aku laki bini sampai sekarang x percaya dia berani tahap gtu sekali. Jrk umah ngan petronas jauh jgkla. Dlm 300 700meter gitu. 


Bila tanya balik kat dia naper x tunggu abah, dia boleh cakap abah yang suruh pergi.


kecoh jugakla Aiman hilang. Sampai jiran depan umah semua keluar.


Pengajaran buat aku laki bini.

1) Jgn mungkiri janji ngan anak anak. Kalo ckp nak beli mlm ni, nak x nak mlm ni kena beli jugak

2) Jgn main main ngan anak. Kalo dia ckp nak keluar memang x akan bg lps ni . Tunggu dlm umah sampai makpak bersiap

3) Jgn predict kelakuan anak. Aku ngan somi memang x caya yg Aiman berani jln kaki sorang sorang 300 700meter demi nak capai keinginan dia. sekotak milo

4) Aiman sanggup hadapi segala rintangan demi mencapai keinginan dia. Aku ingat dia memang ngidam sangatla nak minum milo kotak tu



Aku ngan somi x marah dia. Menggigil agaknya sebab dia hilang tadi. Dlm 20mnt jugakla.


Aku pesan jgn buat lagi. Kalo ada anjing gigit mcm mana. Dia jawab " xderla ma, anjing kena ikat kat leher. mn boleh gigit". Kalo jatuh camner " mn ada jatuh ". Ohhh budak ni sentiasa berfikiran positif gayanya. Mcm mn nak bg dia takut yer.


Memang aku sangat2 berterima kasih ngan pakcik tu. Atas sikap prihatin dia tuh Aiman balik umah. Boleh dia ngikut Aiman dari tempat dia terserempat kat tepi jln sampai ke petronas.  Kalo aku pun mesti tertanya tanya mnla mak pak budak ni.


Nasib baikla Aiman diketemukan ngan insan yg baik, kalo disebaliknya. Nauzubillah...



Lepas mak pak reda, mlm tu Aiman ngan somi keluar p kedai lagi beli stok milo. Bukan setakat milo, bpk beli sedozen milo kotak lagi. Minumla puas puas.


Akibat berlari 300 700 meter malam tadi kaki dia lenguh lenguh. terjaga sahur pagi tadi mintak mak dia urutkan.



Aiman aiman..

Berani nya kamu..




1 comment:

  1. Ahhh... tak tahulah Muja kakak nak menangis pulak.
    Tak terbayang kalau yg jumpa bukan pakcik itu.
    Itulah pengajaran betul. Lain kali jgn janji-janji melulu. Hanya kerana nak milo aje pun kan.
    Budak comel hensem kena org jahat terus dipikul bawa lari Na'uzubillah...

    ReplyDelete