Monday, May 26, 2014

Dari Lumut ke Kuala Perlis


Assalamualaikum..

Belom cuti sekolah, tapi aku udah bwk anak anak bercuti.. montengla tuh.. Nasib baik hari memonteng adalah hari selepas habis exam & lepas meraikan hari guru.. Kalo edak haru jugak jadinya..

Aiman baru 5 tahun so bolehla nak monteng sikit sikit.. Kalo dah betul2 sekolah memang cannot ler. Lagi lagi memandangkan dia x berapa belajar minggu tuh.. yeke x belajo.. hoo ni alasan mak dia jer.


Perancangan udah lama.. Cuma kali ni edakla sebok menengok website air asia jer. Kali ni kita ber kereta pulak. 1 kereta sumbat 2 keluarga.  Aishhh boleh muat ker? Muatttt dah selamat p balik pun :)


* susun atur haruslah betol *


Naik keter Alza. Bertolak dari Lumut ke Kuala Perlis. Kul 4pg dah gerak & alhamdulillah kul 8 dah sampai jeti K.Perlis. Itu pun ada stop sekali semayang subuh dulu.



  pemandangan sepanjang perjlnn mmg meng asyik kan.. hijauuu


Bila kereta mulai masuk ke kwsn jeti udah ada insan yg rajin membantu.. hoooo bantu ada makna tu.. dia bantu tunjuk parking.. parking berbayo yer wlpn cuma parking ditepi jln sahaja.. Aku dah ckp ngan adik ipo, hang tawo tawo cikit rege dia.. normal price rm10 jer kalo x der bumbung.. kalo lebih2 tu pandai2la mintak kurang .. Akhirnya dia ckp kena bayo $45 utk 3 hari.. hooo udah kena cekik




Tugas somi membeli tiket.. 

Adult: $18
Kids ( 4-12 yrs ): $13






Lepas beli tiket kena tulis nama pulak..  Utk kes2 emergency kot.. takut pulak memikirkan lagi2 mengenangkan feri kat pulau jeju tu...




Dah cantik jeti K.Perlis ni yer. Lama benau aku x datang. Dulu kalau dtg pun kerap naik dr Kuala Kedah. Selesa , sejuk sebab ada ekon, toilet pun byk.



Memang rezeki berjalan. Kul 8 sampai jety, dapat beli tiket kul 8.15. Memang x sempat nak lepak lama2. Wlpn hari tu hari Jumaat, ramai jugak yg nak ke Langkawi. Cer hari cuti. Perghhh ber peluh

Okei jom naik feri. Bismillah




feri ni memang beso. Aku nya seat pun dah no 526, Tapi x kan seramai ni kut org nya. X pasti pulak jumlah penumpang sebenar. Yg bestnya p balik aku dpt seat tingkat atas. Oyeee nampak laut.



 budak x mandi.


mak mak dan bpk bpk

Anak & baby sitter dok seat lain yer..


adik bongsu aku yg sebok nak mengikut . Sanggup bersempit



Perjalanan lebih kurang 40mnt-1 jam, diorg psg filem akopolis .. hmm aper ker nm tajuk filem tu.. filem mamat khalid. penin aku menengoknya sbb gelap ajer gambo dia. Suara pun x berapa nak dengo.


Alhamdulillah, perjalanan selamat sampai. Cuaca pun cantek ajer. Feri pun bergerak perlahan. Kalo laju sikit aku rasa mau 30 mnt boleh sampai. Ngeehh

Lega betol bila dah selamat sampai ke Langkawi. Maklomlah mcm2 perkara berlaku baru2 ni kan.




Oyeeee sampai dah..

Welcome to Langkawi

Oyeee


note: Kalo naik feri x payah risau psl tempat duduk. Kat tiket dah ditetapkan no seat masing masing. X yah nak rebut rebut. Kalo korang datang 10 org, memang dia bg 10 seat yg berturutan. Xderla sorang kat depan, sorang kat atas :)




No comments:

Post a Comment