Friday, March 21, 2014

Pentingnya minum banyak air kosong


Assalamualaikum semua

Nak tanya korangla yer, sehari baper banyak korang minum air. Apa apa jenis airla. Air milo ker, air oren ker...yg spesifiknya air 0 ler.


Baper banyak korang minum air 0 sehari?

Apeeee minum masa dahaga ajer !

Alloo bagusnya korang. X nak buang masa yer ulang alik ke pantry.


Ni nak citer kisah aku ngan adik beradik pompuan aku. 

Bila jarang berkumpul & sekali bila dapat berkumpul baru nampak saiz fizikal masing2. Masa tu mulala keluar ayat2 yg xder insuran. Lazer sungguh ngalahkan azwan ali.


" eeee za, gemoknya ko sekarang "

" ehe ehhhh mana ada. Yat kata OK jer "

" yat tipu yat tipu... "

Udah semua menyalahkan adik ipo aku.


So sekang ni  masing2 nak jaga badan. Masing masing dah tak minum teh ais. Adik aku siap beli green tea. Siap subscribe ebook kevin zahri lagi.


Minum air pulak berliter liter. Paling cikit 2 liter. Paling sikit tu  kome. Nak nangis aku mengenangkannya . Apa kaitan gemuk ngan air ni. sebab bila kita mnm ngan cukup, baru operasi dlm bdn dpt bergerak aktif. Bila semua aktif baru sehat. Eh yeker?


Yesss.. minum banyak air boleh membantu dlm penurunan berat badan. So ada kaitanla intro aku ngan air ni. 


bekas belah kiri tu adik aku punya.. yg kecik cikit aku yg punya


Seminggu lepas aku mnm 2 liter sehari. Tapi sejak 2 hari ni aku kena minum 3 liter sekurang kurangnya. Boncit perut aku. Bila ngah baring & aku goyang2 siap leh dengo air berkocak dlm perut. Aiman siap tanya, bunyi aper tu ma.. Lepas tu dia gelak..hahhaa


Naper skrg aku mnm 3 liter sehari. Sebab baru2 ni aku ada mengambil 1 suplemen untuk kesihatan keseluruhannya. Bila amik suplemen ni dia kata kena mnm byk air ( kurang2 3 liter ).. dan yg membuatkan aku termenung setiap pagi, dia srh elakkan minuman berkafein. Ohhh mak.


Memang dah habit aku hari2 minum secawan nescafe pns. Habis tu aku nak minum air aper ni. Sebagai pilihan aku beli sekotak susu segar. Yeye ada jugak pengganti. Tapi masih x leh lupakan cik Nesc la:(


Bila dah mnm banyak ni 1 lagi mslh timbul. Sebnrnya bknla masalah tapi macam gejala. Lepas mnm ajer, mesti nak membuang air. Nmpk sangat usus kencing dah longgar. Heee Mnm jer, nak buang. Nasib baik toilet dlm opis. Nasib baik toilet ada air. Nasib baik toilet free. Nasib baik staf x ramai. Kalola toilet opis aku ni berbayar, makin kaya bos aku skrg. 


Bab kencing ni memang x leh nak tahan. Kencing jerla. Lagi bagus sebab ia membuang toksin2 dlm badan.  Mnm air smpi urin kaler jernih. X bau hancing. Kurang mnm air toksin2 akan terkumpul dlm bdn. Lemak pun senang nak terkumpul. Kurang mnm air kang sistem pelawasan pun terganggu. Nak "doing cusiness" pun stress jer. Ohhh not good.


Aku copy paste tips yg aku bc dr fb Tengku Norihan.

11 Tip Kelebihan Minum Air Kosong dengan Cukup

1. Boleh mambantu mengurangkan berat badan.
Minum air boleh mengurangkan rs lapar. Ia adlh penahan selera yg berkesan supaya kita mkn kurang. Lagi, air ni kalori dia 0.

2. Rawatan secara semulajadi untuk sakit kepala
Bantu melegakan sakit kepala & skt belakang disebabkan dehidrasi

3. Kelihatan muda dengan kulit yg sihat
Kita akan kelihatan lebih muda apabila kulit adalah betul terhidrat. Air membantu utk menambahkan tisu kulit, melembapkan & meningkatkan keanjalan kulit

4. Produktiviti yg lebih baik di tempat kerja
Otak kita kebanyakan terdiri drp air. Mnm air bantu kita berfikir dgn lebih baik & lebih peka

5. Latihan yg lebih baik
Air mengawal suhu badan kita. Bermakna kita akan berasa lebih bertenaga bila buat senaman. Air juga bantu utk menjana otot.

6. Membantu Penghadaman & Sembelit
Mnm air meningkatkan metabolisme sbb ia bantu dlm penghadaman. Serat & air seiring supaya kita boleh mempunyai pergerakan usus.

7. Kurang kejang & terseliuh
Penghidratan yg betul membantu mengekalkan sendi & otot yg dilincirkan. Jadinya kurang kejang otot.

8. Rasa Sihat & Kurang sakit
Mnm banyak air bantu melawan penyakit selesema, bantu kerja2 buah pinggang & elakkan serangan jantung.Air juga boleh meningkatkan sistem imun badan

9. Melegakan keletihan
Air membantu mengusir toksin & bhn buangan. Kalau bdn kurang air, cthnya utk jantung kita, jantung perlu kerja keras utk mengepam keluar drh beroksigen kpd semua sel sel, begitu juga utk organ organ yg lain.

10. Mood baik
Bdn akan rs sgt baik & buat kita hepi

11. Mengurangkan risiko Kanser

Berkaitan dgn sistem penghadaman, bbrp kajian menunjukkan bahawa mnm air yg sht boleh mengurangkan risiko kanser pundi kencing & kanser kolon. Air mencairkan kepekatan agen penyebab kanser dlm air kencing & memendekkan ms berada dilapisan pundi kencing

(Tengku Norihan ni terlibat dlm senam aerobik juga ada mengadakan kelas zumba). Boleh tengok fb dia yer. :)



Haa begitu citer aku pasal air.

Korang pun kena mnm air byk2 tau. Tapi air 0. Baru lancar operasi dlmn kita.


pic: google



Somi aku pun skrg p kerja bwk bekal air. Yg termos hijau tu dia yg punya. Dlm dia berisi teh o panas :)

Last tips yg aku copy paste. Juga dr fb Tengku Norihan

Bilangan Berat Badan VS Jumlah Pengambilan Air

40 kg - 50 kg 2L (8 gelas)
50 kg - 60 kg 2-22.5L (8-10 gelas)
60 kg - 70 kg 2.5-3L (10-12 gelas)
70 kg - 80 kg 3-3.5L (12-14 gelas)
80 kg - 100 kg 4 - 4.5L (14-16 gelas)
Boleh check fb beliau utk seterusnya :)




Lepas baca ni kena amalkan pulak. Insha Allah, sihat tubuh badan. Keluarga bahagia, save money.



1 comment:

  1. Kakak ni bila baca N3 macam ini terus minum air Muja.
    Kalau tak memang lupa sebab tak dahaga. Air kat office ni sentiasa ada. Toilet pun dekat aje dgn bilik kakak ni. CUma itulah lupa kalau tak dahaga atau terbaca N3 macam ini...

    ReplyDelete