Thursday, December 26, 2013

Just for fun..


Assalamualaikum semua..


Kalo hujung2 tahun ni susah tol kalo nak panggilan telepon kita berangkat kan. Kalo hantar email, dpt reply i away from this date to this date.


Wauuu semua sedang dlm mood clear leave nampaknya.

Aku jer hari2 gie kerja. huhhh


Okei, semalam krismas kan.  Aku bwk anak2 p sunway piramid. Bagi budak2 syok tengok pokok krismas. santa claus xder pulak. Balik Amerika agaknya.

Hmmm kadang2 takut jugak kalo tersalah niat bila kita sama2 hepi meraikan perayaan agama lain ni. Takut pulak diam diam kita dah menyalahi hukum hakam .



So ini just for fun.. 


'________________________'

Tangkap2 gambar sebab decoration dia cantek.  tu ajer


gambar 1



4 kali snap, ni ajerla gambo yg boleh tahan..


Anak2 ni kalau nengok mak pak melekat 2 org, mula sebok nak menyelit.

Bila diajak gambo sama2 udah sorang tgk atas, sorang tgk bawah.

caiiitt



gambar no 2



anak2 xder sorg pun yg buat muka hepi. mcm muka kena dera ajer.

mak ajer yg senyum lebor. aisshh




Aku ingat sebab ngikut bapak diorg lah ni.

Tangkap gambo ajer, serius. kunun ganas sangat ler tuh.

" pa, apesal muka pa bolaaat ajer ma tengok.. habisla, pa dah gumuk..hohooo "

Dulu suka buat peace, now pease mean 2 kids  :)


Last, sempat larik 10 saat dr anak anak..


hohohohooo



Bos nampak terus elang title mami solehah.. jadi mami dotdotdottt


Okei, for suka suka ajer.


jarang dpt tangkap gambar sessi keluarga, semalam adik yg tlg tangkapkan.




Tuesday, December 24, 2013

Hadiah daripada bos


Assalamualaikum

Sempena harijadi hari tuh, opismate a.k.a bini bos bagi hadiah. Dia bagi inadvance.



Ini shawl kan.


Adoiiiissss

Awatla dia p belikan aku shawl ni.

Aku bukan reti nak pakai shawl2 ni

Kang senget benget jadinya.

depan menggelebeh beno, yg kat belakang singkat jo..


Bila aku tanya, naper x beli yg aku selalu pakai tuh..

Yg pakai serkup jer.. Senang

Dia jawab aper..


" Alahhhh muza, changelaaa. I tengok org lain pakai cantek ajer "

Ohhh cantek, ko x tau betapa sengsaranya aku nak pakai


Sebenarnya aku bkn x tahu langsung nak pakai tapi malas + lecehnya.

Leceh nak mebelit belit tuh. Org belit cantek aku belit jadi aper ntah


Lagi2 bila hantar anak2 p nursery. Dukung Delisha udah dia tariknya shawl ni. Senget balik. Aisss

Tapi sebab dah orang bagikan, kena la pakai jugak.

Kang kecik ati pulak




Jadik gak lilitan aku nih.


Nasib baik ada baju yg match.


Heheheee

Udah dapat gelaran mami solehah hari ni.



Friday, December 20, 2013

Saban hari menyesakkan


Assalamualaikum..


Korang perasan x?

Sekarang ni kita selalu sangat didengarkan dengan berita2 yg bisa menyesakkan napas..

Satu persatu kenaikan barang diumumkan.

Mereka ni x fikir ker apa yg rakyat akan lalui.

Rakyat yg cukup2 makan..


Xde cara lain ker selain menaikkan harga barang2 ni..


Kalo inilah caranya nak selesaikan mslh, makcik jual nasik lemak pun boleh buat.

Gaji tetap sama. Kalo naik pun dah x memberi kesan. Sama je


Kalo hg ayam naik aku boleh beli ikan.

Hg minyak naik, aku x boleh tukar ngan air. Terpaksa beli juga

Bil elektrik naik, aku pasang kipas ajer

Kalo tol naik, jalan mana aku nak ikut.


Aku ingatla, Bdr Saujana Putra satu2nya kwsn yg penduduknya memang hari2 kena bayar tol.

Memang x boleh nak elak. Keluar ajer kiri kanan memang akan jumpa pondok tol. Nak ke Puchong kena byr tol. Nak ke Bangi pun bayar tol gak.

Xder jalan lain Pak Wahid oiiii.

Adala 1 jln kampong aper ntah. Tapi jalannya Masyaallah. Boleh buat tayar kereta aku tercabut.


Anak anak makin membesar. Ms kecik kena belikan diapers, dah besor cikit kena hantar ke tadika pulak. Kos hidup x pernah berkurang


Bila semua brg naik, bapak2 kena work hard. Lepas ni bapak Aiman asyik berOT ajerla sabtu ahd. Masa ngan anak2 pun dah berkurang. Kesian


Org kampung mungkinla x terkesan dgn kenaikan ni. Org2 yg p kerja x lalu tol mungkin juga x terkesan tapi  bg org2 yg memang hari2 wajib jumpa tol acaner tuh.

Stresss tau


Sekarang ni pun aku dah cuba berjimat, lepas ni x tahula nak jimat kat mana lagi.





Allahuakbar


* dah lm x menyoping utk diri sendiri. memikirkan keperluan lain lbh penting. *



Tuesday, December 17, 2013

Kampong mama bestt


Assalamualaikum

Sekarang ni kan Aiman suka sangat kalo aku cakap nak balik kampong. Sepanjang perjalanan dia akan tanya kampong kat ner ma, kampong abah kat mana ?


Lama lama boleh jadi tekanan pada aku & somi nak menjawab pertanyaan dia tuh.

Yg bestnya bila balik kampong ni kan, kikiiiiiii somi aku mesti tensen ajer.

Sebab anak anak dah tahu pilih nak balik kampong saper.

"Aiman nak balik kampong sapa. mama ke abah "


"nak kampong amaaa"

" naper kampong mama, kampong papa xnakker "

" Kampong mama besttt, banyak ayammmmm. (Sambil tunjuk 10 jari) ada cat, bird. Kampong abah ayam ikit ( smbil tunjuk 2 jari jer ) "


kekekeee 1: 0

nasib baik adik x paham lagi. Kalo edak 2:0



Lihatla betapa memang kampong ama banyak ayam.. itik pun ada. ayam belanda pun ada.. dah mcm mini zoo ajer..



Bila nampak ayam ayam ni mula Aiman bertanya lagik
 " ayam apa ni ma ". " ayam kampong "

"Ooooo ayam kampong"

Berkokokkla Aiman ngan delisha ..

Kok kokokooooooo

Korang pernah tgk x "pada zaman dahulu". Episod ayam ngan helang. Sejak tengok siri tu, Aiman ngan Delisha memang tererr bab me ngokok ni.. 

Sebut ayam jer, mesti nak mengokok jer




Dan selalunya embah diorg ni mesti kecik hati. Sampai2 jer bukan nak jumpa & salam ngan embah. Tapi p jumpa ayam ayam ni dulu. Aisshhhh



Budak pekan memang kagum kalo dapat tengok menatang2 ni...  Real.. selalu tengok dlm tv ajer




Ekceli, ayam2 ni bukan makpak aku yg punya. Pakcik aku yg punya. Umah kampong kan dekat2. Ada tanah lapang cikit kat tepi umah, leh buat tempat menternak ayam kampong ngan itik. Aisssss

Part bau tu yg x leh tahan tu..menusuk sangat




Aku x nampak apa yg best sangat tengok ayam ni. Sampai bdk2  ni bangun tdo jer terus tengok ayam. Carik ayam dulu. Kalo kat umah cari emak. Kat kampong dia x kisah mak kat mana. Kalo Elang , pla cari kat reban ayam nih




Sebab tu Aiman ngan Adik suka balik kampong ama.

Somi cakap " mama mesti ajar abang cakap mcm ni "

Aishhhh x koser mak nak ajo2


Budak tu dah tahu apa yg best & apa yg x best.

Good job nak.

T nak raya cakap mcm ni lagi yer.

hohoooo suka mak







Monday, December 16, 2013

Party Halloween Kah?


Assalamualaikum

Isnin dah.. 2 hari ni manager xdo.. cuti2 Singapore nak rasa feel krismas katanya.. Wlpn manager xdo, kerja den betengket tengket gak..


Semalam aku p 1 party.. halloween la sangat katanya..



kah kah kah kahhhh


Laki den dok gelak terkekeh kekeh

Adik adik den toksah cakapla.. cikit lagi mau terguling guling

Anak laki den dok cakap, antu natuuuuu

Anak dara den dok ter pinga pinga.. mak aku kah?




Ginila jadinya kalo jumpa ngan adik beradik yg kepala semua mengong engonggg..

Nasib baik mertua x nampak.. mau mengucap diorang.. Ohhhh menantu hantu ku




Hari jadi dah lepas 3 hari.. semalam baru motong kek setengkat.. Nasib baik akak ipo bisnes kek.. Dptla sponsor. kehkehkehhh  kesian aku


Kek coklat kukus.. sedappp

Memang sedap sangat sampai Aiman makan berkali kali  

Terus aku beli sepeket tepung bwk blk..



pakai topeng ni adala 10 saat.. sesak napas


Naper semalam aku x suruh somi pakai topeng ni sekali yer.. topeng ni ada 2 lagi tuh.. Aissss rugi2.. Klao x leh buat kenangan dihari tua..  Aku pun terlupa nak srh dia potong kek sekali.. Aper punya bini daa.. Tula gelak ajer . Lupa dah




Nila uper disebalik topeng antu tuh.. Hohohooo


Semalam sepupu aku kawen. Tu yg dpt kumpul adik badik .

Potong kek ni pun xder plan. Tiba tiba akak ipo cakap dia ada buatkan kek.

Terima kasih yer kak.

Len kali leh buatkan lagik.

'_________________________________________'




Friday, December 13, 2013

Gara gara Blog Adlil Jariah


Assalamualaikum 

Salam Jumaat semua..

Alhamdulillah....Bertemu kita lagi hari ni yer :)


Okei mai dekat cikit, aku nak bercerita psl 1 blog ni..


Aisshhh gara gara bolg dia, aku mlm tadi ngan Aiman bersungguh sungguh melakukan aktiviti fizikal.. Berpeluh gakla ketiak aku nih. Aiman jgn cakapla.. Dia ikut mcm bapak dia.. Mudah berpeluh.. Basah kepala dek peluh


Blog apa tuh yer ?
 Blog safee sali ker?
Heheee safee sali ada blog ker.. x tahu pun



Glemer blog akak ni sekarang


Gara gara dia share pasal 10 tips berguna daripada pakar kanak kanak.. 

Benda baik memang orang suka share.. Good job


Berbalik kepada cerita di atas.. Demi nak mempraktikkan seperti yg pakar tuh suruh, aku ajak Aiman main bola.. Tangkap bola, baling bola..lompat depan..lompat belakang.. Sepak bola jer xder sebab habis kang bola tu melantun kena cermin bagai..


Lepas sessi tangkap sambut bola, aku ajak merangkak pulak.. Yg ni delisha pun join..Adala 4 kali pusingan kitorg merangkak kat ruang tamu tuh.. saper cepat dia menang.. Winner dia mestilah Mak kan .. marah Aiman bila dia kalah, hahahaaaa mak pun xnak mengalah..


Sakit lutut tau sebab merangkak atas lantai.. Udah lama mak x merangkak tiba tiba pulak.. Merangkak kejap ajer, Aiman nak cepat sampai tangan adik dia terpijak.. Udah  meraung si delisha..

" Uwaaaaa Eman uattttt "


Mlm tadi sempat buat 2 aktiviti tu ajer. Esok balik kampung lagi banyak kita boleh buat yer.
macam macam ada.. hehehee

Kalaula hari hari buat mcm ni aku dah x yah sebuk2 nak exercise. Mcm ni pun dah berpeluh peluh. Sihat

Korang pun kena buat jugak tau..


'_____________________________________'


Thursday, December 12, 2013

The Bid Bad Wolf di MIECC


Assalamualaikum


Semalam aku sekeluarga pergi sini.

Bunyi macam rancangan bing bang ajer kan. heee ada lg ke rancangan tuh

Event ni sedang berlangsung sampai 15/12/2013 hingga pukul 9 pm saja. So korang yg suka baca buku tu tunggu apa lagi. P serbu book sale ni. 


memang best sangat. Space dia luas. Pun sejuk jer. Kalo dtg bwk anak2 boleh letak anak2 kat playground tgkt 2. Caj rm10 sejam.



Sejak hari Isnin hari tu aku dah cakap ngan somi nak p sini. Siap cakap sempena beday aku yg ke 32 (hukhukk makin tua) bwakla binimu ini kesini. Wahhhh Bukan mintak gelang emas tapi bwk p tengok book sale ajo.

Semalam kan Selangor cuti sempena harijadi sultan . Makanya bolehla bwk anak2 sekali. Inila kali pertama aku ngan anak2 dtg area Mines sebab somi x tahu jln nak kemari. Semalam nasib baik dia x sesat. Katanya dia dah google  mlm sebelum tuh. Good job pa





Mula2 plan nak biarkan somi jg anak2 kat playground. Tapi pk rm10 sejam macam x berbaloi ajer, lagi kena beli socks rm2 makin malasla somi nak main2 kat ctu. Kalo boleh siap dlm ms sejam xper jugak, ni kang belek2 ajer dah sejam. So kensellll


Aku cuak gak mulanya. Sebab takut anak2 cepat bosan. Maklumlah diorg bukan boleh buat apa.
Tapi jangkaan aku meleset.

Wahhhh diorang enjoy sangat . hohoooo mak bangga ngan korang nak..



Nengok.  Adik sampai dok terkangkang gtu. X hirau ngan org yg lalu lalang. Mcm buat kat umah sendiri ajer




Sungguh banyak buku2 utk budak. Sampai aku pun x tahu nek beli yg bagaimana.

Rambang mata sungguh..


'_____________________________________'




Tugas aku mencarik buku, tugas somi menjaga budak2.

smilesssssss

'_______________________________'


Dorang hepi ajer.


Aku ingat diorg pun excited giless.
 " Wahhhhhhhh ma, banyaknya buku ..banyaknya banyaknyaaaaaa"


Tapi kebanyakan buku2 ni aku rasakan semua datang dari obersea la.  Makanya semua dalam bahasa inggeris. Xder pulak aku nampak yg berbahasa melayu.  Atau maybe aku yg x jumpa kut.


So semalam memang hbs kan masa kat area kids saja.  Aku pun x plan nak beli buku utk diri sendiri.

Ingat nak cari buku basic utk Aiman. Pun x jumpa. Banyak kepada buku cerita.


Xperla, sambil mak bercerita korang leh belajar jugakkan.



Seronok membeli buku kids ni sebab kebanyakannya jns yg hard cover. memang leh tahan lama. Harga pun murah. Semurah RM1. Berbalooiii




Aiman setiap kali jumpa buku animals semua dia nak bwk balik. Terpaksala mak dia buat tapisan dulu. Klao edak semuanya buku gambo buaya. Aisshh





 Nasib baik Selangor ajer yg cuti. Kalo sabtu ahad mesti asyik berselisih bontot ajer. Nak carik parking pun kena pusing sampai 10 kali. 



Cashier pun banyak. Beratur panjangla jugak tapi laju. Edakla sampai sakit pinggang. 




Kalaula setiap kali sale, diorg buat mcm ni kan best. Selesa, cepat. Nak bwk anak kecik pun xder masalah. Memang aku akan datang berkali kali. 




Buku yg dibeli. 8 ajer. Orang lain sampai penuh kotak. Siap ada yg jadikan stroller anak mcm troli brg. Penuhh.. Best jer aku menengoknya.

Xper, lenkali kita up lagi. Belikan untuk bapak sekali yer anak anak



Abang Aiman volunteer nak bawak. Adooii bising dok cakap berat ma berat maaa


Last, sebelum meninggalkan  ruang legar..




Aktiviti sambil menunggu bapak keluar dr toilet.

Tu ajer..


eh ehhh jap







Sebelum masuk beli buku leh posing dulu kat loby..


 okei habis dah...  :)



Tuesday, December 10, 2013

Musim Rambutan


Assalamualaikum

Sekarang ni dah start musim buah kan. Agaknyela. Heeee

Sebab minggu lepas somi bwk balik sebakul rambutan. Petik dr pokok. Kawan dia yg punya. 



Bila anak2 nampak, terjerit keriangan diorang. Ambutan atann
   Diorang tahu ni rambutan. Hasil daripada menonton upin ipin selalu. 
So jgn ckp  upin ipin x memberi apa2. Membuang masa jer. Anda SALAH. 
Aiman byk belajar bercakap hasil menonton upin ipin. :)





Nampaknya adik bradik ni suka mkn rambutan.

Yg lecehnya mak kena kopekkan kulit tu . Aku dah ajar Aiman gigit jer kulit tu, geli katanya.
Delisha jgn tanyala, memang aku yg kena kopekkan. Lenguh gak jari aku nak mengopek 




Si Delisha pulak belagak nak mkn rambutan yg ada bijik. Risau pulak kalo tercekik. Bila bg yg x der bijik, dibuangnya.  Dia nak gigit ngan bijik2 tu sekali. X cun katanya. Aisshh

Rupa2nya dia tahu camner nak mkn . Licin tinggal bijik ajer..heee



Sebakul tu tahan 2 hari ajer.  Pagi2 Aiman dah bwk 2 bijik p tadika dia.  X sampai hati aku ngenangkan kwn2 yg menengok dia mkn. Ms nak Aiman dr tadika aku bg seplastik kat cikgu dia. Seplastik lagi buat bdk2 kat taska.


Malam tu somi nak mkn tengok bakul dah kosong. Alah pa, ma tolong panjangkan  pahala je. Heheee



Rambutan ni pun banyak jeniskan. Macam manusia gak. macam macam jenis ada. Ada yg wangi, ada gak yg busuk.. Kenala pandai memilih


Monday, December 9, 2013

Bila papa kerja di hujung minggu


Assalamualaikum

Apa nak buat kalo bapak kerja hari sabtu ahad.




Haaaa kita berendam sepuas puasnyala..


Nasib baik pool ni kecik nak, kalo edak mak pun join 2 kaki sekali.



Bapak kerja, sebab nak cari duit lebeh. Sian anak2 kat umah x pergi mana. Dahla Isnin - Jumaat 8 jam duduk kat nursery tanpa buat apa. So bapak kenala hiburkan hati anak2 dengan mengepam balik pool ni.


Selama 2 harila pool ni tersadai depan umah. 

Pagi2 Aiman bangun terus masuk dlm pool.


Mlm tadi dia merengek2. Ma ngah sedap tido dia boleh suruh urutkan kaki dia.

" Haaaa sakitla ni.. lompat lompattttttt lagi"

membebel aku tengah mlm buta


mcm mn x sakit kaki, boleh dia melompat2 kat dlm pool tu. Mcmla pool tu dlm sangat. Sampai lebam2 betis dia.

Bila aku bebel , dia cakap apa tau..

" mana ada sakit, penattttttttla ma "


Ooo x sakit. Tapi penat.

Bernas gak alasan tuh..

Aisshhhh


Kaco mak nak mimpi tolla kamu ni..


Friday, December 6, 2013

Bila nak mati..


Assalamualaikum & salam jumaat semua


Aku selalu dengar ikim.fm.. 
Bukanla nak cakap yg aku ni baikkkla sangat. Mcm riak ajer. Alahh dengar ajer pun.


Niat nak berhijrah kearah lebih baik  tu sentiasa ada. Sebab tu walaupun sampai sekarang masih x baik baik lagi tapi biarkanlah ikimfm menjadi halwa telinga aku. Semoga hati aku ni  lembut jer nak berbuat baik.


So pagi tadi dengarla dj tu cakap. Tiba2 aku macam tersedar ngan 1 ayat dia.

Lebih kurang mcm ni la mksd dia..

" sentiasalah berbuat baik/ibadah ibarat kita nak mati bila2 masa saja "


ohhhhhh



Selama ni aku sentiasa terfikir fikir. kenapa hati aku kadangkala nakal.. 

Kenapa mesti nak cakap pasal hal orang lain

Kenapa mesti nak sebuk hal orang lain

Kenapa mesti nak tumpang dengar cerita orang lain

kenapa

kenapa

KENAPA!!!!!!


Walaupun hari hari aku dengar ikim kenapa aku masih sama jer


Bila dengar dj tu cakap kita akan mati bila2 masa, so aku terfikir. Kenapa aku x fikir segala kerja2 ku & ibadah ku hari ni umpama aku akan mati esok.

Biarla mereka dengan cara mereka.


Lepas ni aku x nak cakap pasal org lain. Kalo diorang nak bercerita , aku dengo jerla.. Boleh x gitu.. heheeee


So sebelum nak cakap x baik psl org, ingat yg aku akan mati bila2 masa jer. Berdosa kalo X sempat nak mintak maap.



Thursday, December 5, 2013

Sebelum dan selepas ke sekolah


Assalamualaikum..

Minggu ni asyik bercerita pasal Aiman kesekolah ajer..  hehehee minggu depan start citer lain pulak


Alhamdulillah, Aiman sehingga hari ini memang suka pergi skul.

Petang semalam masa bapak dia amik diorg dr taska & on the way back blk rumah, Aiman cakap kat bapak dia " Aiman suka skul.. skul besttt "



Ni lah muka ceria Aiman nak pergi skul...  Hari ni pergi terawal sangat. Pukul 8 dah sampai. Skul pun x bukak lagi. kikiii

Selepas habis sekolah.



Muka dia bila aku cakap Aiman kena pergi skul 1 lagi ngan adik...  

Aiman cakap " Ebob nak balik umah "..


Hmmmmm


Okeila, Aiman p skul yer. T mama belikan tembak.. Nanti cuti kita jalan jalan yer


Aman

 Dia masuk juga ke taska tanpa tangisan. Siap bawak beg sekolah lagi. Nak tunjuk kat budak2 lain ler tuh.. Suka hati kamula nak..

Nampaknya aku kena belikan tembak ni.

Udah berjanji, kenala ditepati kan


Wednesday, December 4, 2013

Hari ke 2 ber orientasi


Assalamualaikum

hari ni hari ke 2 Aiman pergi ke sekolah sempena orientasi selama sebulan..

Bangun pagi muka sememeh ajer..

Alamak mcm mendung ajer langit hari ni..

Nasib baik dia masih nak mandi & gosok gigi. Mak pulak x menyempat nak buatkan dia susu.. Sebab si adik pun dah bangun pagi sambil huhuhuhuuuuu " abang uatttt ".


Walau apa pun Syabas aku ucapkan buat anak laki aku ni. Nak pulak dia pergi kesekolah. Kuar kereta sendiri. Terus masuk kesekolah. Xder dah nanges nanges. Senang hati aku nak bersarapan kat kedai mamak.kikiii



Sempena menunggu Aiman habis orientasi pukul 9.30 aku ngan Delisha pergi sarapan dulu pekena roti telur ngan ayam goreng sambil layan upin ipin. Sukala hati Delisha sebab leh manja lebih. Abang xdo.


Lebih kurang kul 9.20 cepat2 pergi kesekolah Aiman. Leh intai2 apa yg dia ngah buat. heheee



Aku datang Aiman dah nampak. terus x fokus.
Aku dok kat luar dok dengola cikgunya cakap " Aiman, cepat habiskan kaler ni. ma ada kat luar tu ".. jap jap aku tengok dia tengok aku. Siap ber haiiiiii lagi . Jap jap mewarna. Last2 aku p menyorok,  biola dia fokus jap. Asyik nak mengintai mak dia ajer




Aiman dah ada kawan. Ntah apa yg disembangkan sampai gelak2 ngan kwn dia tuh :)




No 1 yang keluar drp kelas. X sabo2 nak balik. Esok aku nak amik dia lambat sikit. Biar dia hbskan kelas dia sampai kepenghujung. Dia dah srpn ngan kwn2 baru aku amik.




Beg sekolah Aiman. :)


Lepas habis sekolah aku hantr diorg pergi taska.

Subhanallah, Aiman meraung2 xnak pergi taska. " nak ikut amaaaaa nak ikut ama ".

Nasib baik Delisha ok


Sungguh aku pelik.


Apesal dia nanges lagi bila nak pergi taska.

Mulala nak curiga nih. Aissshhh





Tuesday, December 3, 2013

Hari pertama Orientasi..


Assalamualaikum

Hari ni hari pertama orientasi Aiman ke sekolah.. 
Sepatutnya sudah bermula semalam. Tapi aku ngan huby x kompem sama ada jadi ke edak orientasinya. Cikgu Aiman pun xder telepon . Telepon pagi2 x diangkat. Telepon kol 10 baru diangkat. Cikgu bagi tahu " hantarla sekarang " start dah orientasi hari ni.. orientasi ada 2 sessi. Pukul 8.30-9.30 & 10-11... alang2 dah lambat , x yahla. Aiman pun dah hantar ketaska


Dah pasti hari ni Aiman ke sekolah, sejak mlm tadi aku ngan huby dah ulang banyak kali . " Aiman esok pagi pergi skul tau.. Bangun pagi yer, mandi, gosok gigi "

Bila Aiman cakap nak balik kampong, mak pak ulang lagi " Aiman p skul, cuti nanti kita balik kampong".. Aisss baru masuk tadika udah mintak macam2..


Alhamdulillah, kul 7 Aiman dah bangun.  kekekee dia bangun sendiri.

Terus ajak mandi. Aikkkk mau pulak dia mandi. Selalu excuses ajer.. sejukla.. Pagi ni siap gosok gigi lagi cuma part rambut jer x mandi. Ejuk katanya. Okeila, mak ikut cakap anak . Yang penting dia nak mandi dah syukur.



Dah wangi2, mak upah susu.. senang hati tengok dia ok 



Okei, abang dah ready p skul.. adik pun dah ready p skul gak.. Bezanya abang wangi, adik macham lagik. Masa ni berharap sangat yg Aiman akan OK




Amboiii korang leh dapat title kelurga ceria ni.. Sikecik tu hoverla pulak..Siap nak berhelmet.. Marah bila helmet tu dibagi kat abang..Dia yg nak pakai



Jam baru pukul 8.. Jomla kita bersarapan sessi keluarga pekena roti telur..

Hari ni suami yg hantar Aiman . Dia take leave. Esok & seterusnya turn mak dia pulak.


Lebih kurang pukul 9 suami kol, " Hmmm Aiman nangis gembor2.. Siap pegang kaki papa xnak masuk skul.. Kawan dia yg lain okei ajer.. papa tinggalkan ajer.. Tengok dia nanges2 lagi siap gegarkan gril pintu...nak amaaa nak apaaa "  Aisshhhh acaner tu


Pukul 9.40 suami kol lagi.. Haa cakak ngan ebob ni " Aiman nanges ke tadi?.Xla, Aiman p skul".. Aissshh lain pulak laporannya..

Suami cakap ms amik Aiman tadi, Aiman dah diam. Siap cakap esok nak p skul lagi. Hohooooo pandai cikgu dia pujuk. Harap2 esok betulla apa yg dia cakapkan tadi. 


Ikutkan sejarah lalu, masa mula2 tukarkan Aiman ketaska sekarang, sebulan jugak  dia nanges.

Esok kita tengokla camana.