Tuesday, August 14, 2018

Marfan Syndrome

Assalamualaikum wbt


Rezeki anak berbeza beza. Bila dah ada anak 3, fikir yg diri ni mcm tahu semuanya, Rasanya tak betul tu. Apatah lagi kalau jarak anak antara 1 sama lain sangat berjauhan. Masalah anak anak pun tak sama. Ada yg biasa biasa je. Jarang yang luarbiasa.

Marfan Syndrome. 

Umar ada sikit simptom sindrom tu. 
Genap Umar 2 thn bulan lepas so dah boleh buat pemeriksaan susulan dihospital. Banyak pemeriksaan yg perlu dibuat. Bukan senang nak detect benda ni ada ke tak der. Bersabarla.


Semalam jumpa doctor buat pertama kali bg pemeriksaan Umar ni. Hasil keputusan darah semua ok. Cantek. Buat ujian mata pun Alhamdulillah. Tak adala yang dislocation. Doctor sahkan xder simptom2 ke arah sindrom ni. Untuk power kena check thn depan pulak.


Hujung bulan ni nak periksa jantung pulak. 
Apa yg aku boleh katakan, hingga ke hari ini Umar jauh drp sindrom tersebut kecuali bentuk dada dia saja. Itu paling nyata. 


sumber: google

Bentuk dada Umar kedlm (mcm pic kiri tu)




Semoga Umar baik-baik saja. Amin.

Wednesday, March 21, 2018

Cuti sekolah di kampong


Assalamualaikum..

Anak anak tengah buat apa tu? 
Seronok komer yer, x payah bangun pagi pergi sekolah.
Mak pun x payah bangun pagi buat bekalan sekolah
hehee mak pun macam seronok ajer bila cuti sekolah ni
^___^
Hahaha mak melampau sangat
Nampak sangat susah bangun pagi

Ehhh bukan begitu
Mak ok jer bangun pagi
keee
Mak dah biasa okei bangun kol 5.30 hari2..
Alaa bagila chance kat mak tido lama sikit
Penat tau .. hee


Sebenarnya bila sekolah cuti ni, aku ngan somi memang susah hati. Al maklumla sekolah cuti transit pun cuti sekali. Udah tu bebudak ni nak duduk kat mana. Nak hantar taska sekali ngan Umar betambah pulak perbelanjaan aku nanti. Kalau dulu bolehla aku bayo jer, sekarang dah lain. 

Sebab xder tempat nak hantar bebudak ni somi ngan aku dah plan nak cuti. Somi 2 hari and aku maybe amik half day 3 hari. 

Tapi tulah, org kata kita ni hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya.

Last minit tergerak hati nak bagi bebudak balik kampong. Kebetulan adik aku pun nak blk kampong. Haa memang baik sangat dah. Mengikutla bebudak tu balik sekali. Yang x sangka  boleh pulak budak pompuan tu ikut balik sekali.

Aishhh boleh jadi ke ni.

Aiman aku x risau sangat. Sebab dia dah beberapa kali balik kg masa cuti. 
Tapi si kerenteng tu x pernah lagi.



Deme balik kg Jumaat mlm lepas.
hari ni dah hari ke 4
Sehari mau dekat 15 kali telepon mak ajer
15 kali telepon, 6 kali cakap nak dok kampung sampai hari jumaat

Dsa cakap" ma, dsa cuti 9 harikan. kenapa dok kg 5hari ajer. "
Haa maksud dia, kenapa kejap sangat dsa kat kg. Dsa nak duduk lama.

Abg dia lagi bagus " ma, aiman nak dok kat kg selamanya. Aiman suka dok kg "
" Aiman kenala balik umah dulu, kemas baju semua. Bwk baju & buku sekolah. Nanti sekolah kat kampong " Begitula aku jawab.


Amboiii 
Nak dok kampung selamanya konon.
bertuahnya anak.


Haa ni si kerenteng tu kol aku lagi. Pandai dah sekarang. kol opis mak. 
geleng kepalala wak kamu nanti. Bil tepon naik.


Nak tahu deme buat apa kat kampong.
Ni antara aktiviti yg sempat wak dia rakamkan.




Wak dia rajin ajak p kolam mancing. Sukala dia. Pukul 1-2 pagi pun sanggup ikut.
Bila wak dia dapat ikan beso dia kata best, bila xdapat apa2 dia kata x best. Wak x pandai mancing. kekeke

Esoknya dia sambung mancing tepi parit pulak. Kadang dapatla ikan puyu. 
Bila x dapat hasil, sedeh ajer.



Suka nau dia mancing. Bpknya xder pulak suka mancing.

Kalau x mancing, mengadap ngan hp jerla Aiman ni. Blk kg dia bwk balik sekali hp dia. Sampai matik dah hp tu. Belasah main game jer, Umah wak ada unifi. Laju jela dia main game. Habis bateri caj. Tengok tv pulak. Hp dah ada bateri nyambung main lagi.
Ha macam mana x kejung hp tu.

Dsa nak bwk hp gak, NO.
Berapa kali dah dia tinggalkan hp dia tu kat mana mana. Suka hati dia jer nak tinggalkan.
Dsa x sengaja, Dsa terlupa.
Cantek jer jwpn dia.
So mama kata NO.



Mancing tepi parit sambil makan makan. Macam ala ala berkelah gitu. Angin sepoi sepoi bahasa.
Wahhhh
siapa yg x suka kan.
Nyaman ajer.
Cer kalo dok kat umah sendiri, mana nak ada rasa mcm ni
Tanah pun sekangkang kera jer..



si kerenteng ni xderla suka sangat mancing
Dia suka menyebok ajer.
 X kisahla, yang penting Dsa pun balik kg.



Gara gara takut tertinggal malam tu, semua org x perasan dia pakai selipar lain lain.
nasib baik kaler tali tu sama.
Aishhh 
Xperla, pesen baru ni.
Muka dah comei, selipar lain lain.
sabo jela




Dsa ni suka ngikut waknya ajer. Wak cantek ajer udah tanya wak nak p mana. Membontot la dia lepas tu. Ngikut wak x mintak apa pun. Dapat jajan sebungkus jadikla.


Waknya supplier pisang mentah ngan kerepek pisang. Kalau kat kampung tu ,deme memang glemerla sebagai penjual kerepek pisang. 
Sedap tau kerepak pisang abg ngan akk  ipo aku ni. Deme dah buat rnd mcm mn nak bg kepek tu sedap. Alhamdulliah x pututs2 rezeki deme setakat ni. Dapatla Dsa ngikut waknya ngantor pisang. Sanggup dia menyelit kat celah2 tu. Janji dapat ikut. hee


Malam pulang ngajak waknya p jeti Bagan Datuk. 
Bagan Datuk sekarang udah cantek.
Kawasan TPM mestila cantekkan.



Malam mlm kat dataran ni meriah. Happening. Kadang kadang ada artis datang buat show. Macam macam ada. Mak Pak apa lagi, siap sediala jela. berpeluh ko .

Kalau bebudak ni datang ngan aku memang xder merasala nak naik naik segala mainan yg ada. Mak bukan kedekut. Tapi berjimat. Bazir ajer. 


Ok, anak anak akan balik esok. Meriah balikla umah aku lepas ni. Mesti jiran tetangga pelik ngaper sunyi jer minggu ni. 
hahhahhaaa




Wednesday, March 14, 2018

Minggu Exam


Assalamualaikum

Minggu ni minggu peperiksaan, Sekolah kebangsaan dan juga KAFA.
Dengan itu mak melantik diri mak menjadi CIKGU. Jangan main-main. Ini cikgu bukan sebarang cikgu. Semua subjek cikgu tau.

Kelas tambahan bukak balik selepas lama berehat.
Jadual pun berubah.

No hp
No tv.




Nasib baik jadual exam mereka sama. Senang nak study. Cuma xleh nak fokus sangat.
Tengah explain kat Aiman, Delisha asik asik tanya. Kalo x layan cepat sangat merajuknya.
Bertabahla mak.


Itu belum lagi si kecik datang nak belajo jugak. Dia duduk atas meja tu. Alahaiii
Nasib baiklah ada makcik. 

Umar p baca buku ngan bibik yer.

Esok dah last exam.
Yahoooo mak dah boleh lek lek.





Friday, March 9, 2018

Vaksin 1 tahun 6 bulan

Assalamualaikum..


Petang semalam bawak Umar ke KK Jenjarum. Mak x ingat date appoinment, tak tentu pasal dpt call dr KK. ehhh bukan lama lagi ker nak cucuk, kata ku. Kata dia pulak " aishh mana ada. date appt kan 29/1/18".  Ohh yeker.. hehe  

Balik umah tengok buku KK, betulla ada date appt 29/1. Aishh x ingat sungguh. Ingat cucuk 2 tahun aje. Sebenarnya memang nak excuse appt ni sbb Doc just nak monitor berat badan jer. Last checkup brt Umar x naik banyak.

Macam banyak songeh ajer kalau check kat KK ni kan. berat x naik susah. Tinggi x naik resah. Memangla berat x naik banyak tapi elok ajer sehat walafiat anak aku tu.

Haaa mesti ada yg cakap-cakap mcm ni kan. Ramaila. termasukla aku. Tapi sejak dr kecik nila kita kena monitor tumbesaran anak-anak kita ni. Niat mereka murni. Untuk kebaikan anak kita. So just follow ajerla. lagi-lagi Umar memang ada special case sikit. Kalau xnak ikut suka hati. Bukan anak deme pun kan.


Aku ingat semalam check up utk kes berat dia yg x berapa naik tu. Rupanya edak. Tengok, nak check apa pun x tahu. teruk no

Aiii Pn Muza kenapa tak datang hari tu?
Saya tak ingatla nurse. Sy ingat lm lagi. Untuk cucuk 2thn  nanti.

Ok, hari ni Umar kena cucuk yer.
Ehh bukan umur 2thn ke nurse?

Hari tu kita xder stok untuk vaksin 1thn lebih, sekarang ada banyak. So kita bg cucukla.
Ohhh mcm tu pulak. Okla.


So selamatla Umar dicucuk semalam. Alhamdulillah, behave sangat dia semalam. Geram acik2 nurse ngan rambut dia yg ala-ala mcm kakak dia tu. :)

Semalam timbang berat dah naik 10kg. Tu pun kurang lg katanya. erkk 


Next appt 31/5. Aku ngan somi plan nak pergi mcm semalam. Hampir pkl 4 baru sampai KK. orang pun x ramai. Semalam x jumpa doctor, dlm ms 30mnt dah setel semua. Best betul rasanya. Sampai BSP bfr 5. Best giler x hadap ngan jem.



Umar 1y7m13d







Wednesday, March 7, 2018

Resahnya bila tiada air


Assalamualaikum..

Hai kawan.. heee
Apa khabar semuanya?
Aku sihat-sihat ajer..


Hampir setahun berlalu.. tanpa sebarang cerita.. cewah
Mcm ada yg mencari saja , sedangkan tiada..
heeee 


OK.

Sejak semalam Selangor mengalami masalah air. Office baru terkesan pagi ni. Semalam selamat lagi, air masih ada. Pagi tadi lbh kurang kol 10 baru air tiada. Apa pun semua dah standby. Stok insyaallah mencukupi :)


Area BSP pun katanya terkena jugak. Tapi hingga pagi tadi, air disinki masih kuat. Somi kata maybe BSP xkena. Kalau x kena alhamdulillah. Kalau terkena pun dah standby stok air dirumah.


Bila air xder, memang buat semua org resahkan.
Bos aku siap cakap, mnm air jgn lebih 4 cwn.
Kalau nak kencing, tahan bg full baru buang.

ha ha haaaaa aku ketawa.

Buat lawak yer ko bos.


So kenala sentiasa bersyukur atas nikmat yg Tuhan kurniakan ini. Ada air jgn nak membazir. Sungai-sungai jgnlah dicemari.


Semalam kat  BSP, Putra Height ngan Alam Megah hujan lebat + ribut kan. Banyak pokok-pokok tumbang. Zink sekolah anak aku siap tercabut bagai. Udah hari ni deme kena gotong royong.

Semoga kita sentiasa dilindungiNYA. Amin.

Bai.


Tuesday, February 21, 2017

Umar 7 bulan


Assalamualaikum wrt

Lebih kurang lagi seminggu Umar nak masuk 7 bulan.
Alhamdulillah , sehingga hari ini Umar membesar dengan baiknya


Sekarang dah boleh berpusing kekanan dan kekiri dlm posisi meniarap.. Pusing sampai keluar kawasan. Udah sekali kepala terhantuk lantai sebab tiba tiba jer dia landing. Nangisla 5 saat

So sekarang ni kenala buat protection.. bucu2 almari tu letak bantal or kain..

Lompatan dia makin padu... kikii
pantang orang pegang mulala dia melompat lompat
Tak kira dimana dia beradda, lompat selagi boleh

^___^



Ni tabiat dia. Suka main ngan kaki. Sampai tercabut stokin tu dibuatnya


slowly dia pegang kakinya tu.
Last masuk dalam mulut dah.




ambooi umar, mcm bos beso jer. senang hati yer :)


Makan pulak masih slow
Kadang bg bubur, kadang bagi nestum
juga ada bg mkn buah

Malang tol Umar ni.

Buah yang mak beli untuk Umar semua rasanya OUT
Betik rasa kelat, x manis
Epal merah termasam sikit
Tembikai jer boleh dimakan



 Mak pak abg akak makan, dia pun nak join gak
nahh mkn buah je ye


terkebil kebil dia gigit epal tu..

kikiii udah kena gelak ngan abg Aiman


Dulu masa baby Umar x hisap puting.
Sekarang dah hisap.

Rasanya sejak dia demam nak tumbuh gigi hari tu.
Bila tidur dia nak gigit gigit.
Sampai hisap puting kat botol susu tu. Bila ditarik botol tu dia nangis.

Jadi mak pun bekalkanla puting kat umah pengasuh.
Mula mula dia hisap kat umah pengasuh jer.
Sekarang kat umah pun dah kerap
Dia nanges jer sumbat puting.
Macam zalim ajer.
adooooiii zalim ker nak.



1st time dia hisap puting kat umah semua org gelak.
Sebab rasa macam comei ajer

Adooiiii sian tol kat kami ni. tu pun leh jadi bhn nak gelak yer 
Siap tangkap gambo lagi.


hepinya 2 beranak ni :)


 kemana mana sekarang ada standby puting. Dia bosan jer sumbat puting.
Bila hisap puting dia diam.
Pelik jekan.


Umar ni pulak perangainya suka tengok sekeliling. Mak dok sua sua nak Bf dia pulak x nak. Sebuk nak tengok kiri kanan atas. Sua sua xnak . Selalu otw nak p mana2 mesti bf kan dia dulu. Tapi tulah. Dia tengok luar, tengok atas, tengok bpk dia.sengeh sengeh. aisshh

 Kadang masuk nursing room pun sama.
dongak atas, nak berdiri la, gigit kerusila

mak nak jalan jalan pun x senang hati. Saja je kamu ni.
Maybe next time pam siap2 dlm botol ajer.
Dulu pernah smpn dlm btl, Umar pulak yg x nak.

Hmm mcm mcm perangai budak kecik ni.


Yang ni pulak... Jangan diikut yer.
patutnya umo Umar ni lom sesuai dok dlm walker lagi
Tapi Umar suka pulak

Kalo mak sebok kat dapur or buat kerja, bgla dia dok dlm walker.
Dia diam.



 sampai jatuh bakul tu dibuatnya...

Kalau kat dapur mmg kena berjaga sikit.
Hari tu dia gigitnya plastik tong sampah.
Udah tong sampah tu pun tinggi sama ngan dia, senangla dia nak menggigit.



 mak nak jemur baju dia pun nak ikut. letak dlm walker dia lompat lompat suka
macam yeeeeee dapat keluar umah.


 siap pakaikan topi tu.. 

siyes, memang dia suka dok dlm walker.
Sekarang ni gerak kaki dia dah makin kuat, lagi jauhla walker tu pergi.
kena lebih berjaga jaga.

Plug letrik yg kat dinding tu kenala cover. Jgnla ada benda2 tergantung. Hbs ditariknya.Tu yg bahaya.


Haaa tu jerla nak citer kat Umar.
Kamu ni lincah beno.
Smart boy.
comel
kesayangan mak pak abg kkk n bibik


Semoga Umar sihat sihat.  




Thursday, February 16, 2017

Demam nak tumbuh gigi rupanya


Assalamualaikum wrt

Semalam aku ada bg tahukan yg Umar demam. 
Otw balik umah sempatla wasap ngan pengasuh. tanya kondisi Umar camner.
Senangla nak bersoal jawab ngan doctor nanti.


Umar hari ni tido ajer kak.
mkn 3 suap dah tdo balik.
Ni tido lagi.

Hari ni dia macam lemah ajer.
Lompat lompat pun xder.

Muka sedeh ajer.
Asik tengok buaian nak tdo ajer.
Suram hari ni.


huhuuu sian ank mak.


So mak bawakla jumpa doctor.


Doctor check paru paru, semuanya ok. Adala demam sikit tapi x tinggi.
Check mulut pulak.

ooooo nak tumbuh gigi ni.
Tu dah nampak putih tu.

Begitulah kata si doctor yg encem.. ^__^


Gelakla si emak mendengarnya.
lega hati ni.

demam sebab nak tumbuh gigi rupernya.
Samala macam abg Aiman ni.
Nak tumbuh gigi demam.




Aku ada rasa gak kat gusi dia, kot2 ada benda keras. Tapi x der pulak.
Doctor cakap mcm baru nak tumbuh. Tu yg sakit smpi demam.


Hmm sedangkan org tua bila sakit gigi pun leh jadi mcm org gila, bunyi bising x boleh, bunyi slow pun leh terganggu, inikan bayi 6 bulan.


Emak pun x leh nak buat apa. Just monitor demam jerla. lap lap bdn jgn bagi pns sangat.

tabiat baru - gigit segala benda yg dicapai

Tadi dah  ty pengasuh kondisi Umar hari ni.



tu dia..

Back to Normal. :)

udah melompat bintang dia pagi ni.
Siap sediala semuanya.

kikiiii