Tuesday, June 7, 2016

Dugaan hari sebelum berpuasa


Assalamualaikum ..

Selamat menjalani ibadah puasa buat kwn2 yang membaca blog ini.. Tuan blog belum bersalin lagi.. Hujung raya edd nya.. Insyaallah.. blog kosong sebab mcm byk kerja nak diselesaikan sebelum bercuti panjang.. 

Almaklomlah, kandungan dah masuk 32 minggu. Apa saja boleh berlaku kan.


Jumaat sampai semalam aku bercuti. Saja je cuti nak rehat. Konon nak kemas kemas umah. kemas apa yg patut. basuh clothes diapers yang dah 4thn dlm stor tu. Nak basuh botol simpan susu. Tapi yang mampu aku buat cuma basuh clothes diapers ajer.


Sepanjang minggu lepas Delisha demam pulak. demam on off. Mlm badannya panas sangat. Masuk ubat bontot pun panas lagi. Bibir kering sampai berdarah.




Kesian aku menengoknya.

Hari khamis dia x nak p taska, terpaksa aku bwk p opis. Sampai opis mcm ok jer sampaila lepas blk lunch dr jj.. terus panas balik badan dia. Tido pun meracau racau. Nangis.


Balik opis terus aku p klinik. Sekali cek temperature 41 darjah celsius. Doctor cakap lidah pun dah mula merah2. 

Doktor suruh aku monitor bdn dia. Kalo dlm ms2 hari ni panas lagi kena p spital terus. Test darah. Takut denggi. Adoiii risaunya. Denggi.. ohhhh takutnya dengar.



Aper lagi, start mlm tu sampai esoknya aku dah jasi nurse kat umah . Paksa dia mnm air bebanyak. Ubat mmg ontime. Lap2 bdn dia bg kurang panas. siap suruh dia rendam dalam besin air. Siap bg minum air jambu merah lagi. 


Yg buat aku lega sikit bila bbdk ni masih aktif waktu siang. edakla terbaring lesu jer. mau gak main kejap jap.


Mlm jumaat tu plan nak balik kg. Tapi sebab Delisha udah mcm ni, x jadila nak balik. Susah pulak kalo  jadi apa apa nanti. nak p spital pun jauh kat kg tu.


Hari sabtu badan dia udah x panas. Alhamdulillah. Memang aku srh mnm air jer. X nak mnm air aku ugut nak hantar spital. Takut gak dia. Lepas tu dia ingat janji dia ngan doktor. Kena minum air bebanyak.


Itula yg berlaku sebelum menyambut ramadhan. Cuti nak mengemas udah jadi cuti menjaga anak. Apapun bersyukur sangat sebab aku apply cuti hari jumaat tu. Puas hati dapat jg anak sendiri ms sakit ni.



* perut ni kadang2 rasa macam di garu garu, kadang mcm ditendang tendang. terkejut mak nak. Kita puasa tau hari ni.. Jgn noti sangat yer *



1 comment:

  1. Semoga cepat sembuh delisha..
    Kesian tengok tu..Panas sungguh tu Muja..
    Sampai 41 suhunya.

    Salam Ramadhan Kareem Muja..
    Selamat berpuasa..
    larat lagi puasa ye..
    Akak dulu memang tak larat..
    Merangkak nak berbuka masa tu..
    Pastu en suami cakap tak payah lah puasa..
    Kesian dia tengok..

    ReplyDelete