Friday, April 17, 2015

Hobi baru ~ bercucuk tanam ~


Assalamualaikum semua..


Dulu masa muda remaja hobi suka membaca. Selalu baca bovel jer. Novel tebal giler tapi rileks jer. :)


Sekarang edakla. Bukan dah x suka. Masa amat mencemburui saya.
kekekeeee


Baru nak baca nota kerja Aiman dah bagi buku boboiboy suruh bacakan. 


Sekarang ni naluri keibuan semakin kuat. minat pun dah ke arah minat mak mak.

Suka bercucuk tanam pulak doh.

Umah 10 kangkang Dsa mana leh nak bertanam sangat kan. Laman parking pun udah bersimen semua. Tinggal tnh tepi tiang lampu tu jerla. Sian sian. Xper minat punya pasal aku usaha kan jugak.

Xder tanah aku beli tanah. Wauuuu hebat ko jah. kiiiii hebatla sangat. Setakat beli tanah aperla sangat kan.


^____^


Sila percaya. Aku beli tanah ni cuma RM10 3 kampit. Sekampit lebih kurang 3kg :). Tanah bakar

Udah 2 kali aku beli tanah ni dr pakcik muza. kelako lak. nm penjual & pembeli sama.



Inilah koleksi bunga bunga aku setakat hari ni.




aku x tahu nama betul pokok bunga ni. Yg aku tahu org panggil pokok 10 pagi kan. Sebab pukul 10 dia berbunga sampaila kol 1. lepas tu dia kuncup balik.



bunga ni kaler purple





yg ni kaler pink . Hmm mcm peach pun ado ckit






Masa ni pasu x cukup. tompang kasih kat pasu serai ni jap :)




Sekarang ni udah ada koleksi bunga kaler putih. 

Pokok ni semua aku ngambik dr umah mak aku. mak aku yg suruh ambik.


 "ko x nak tanam pokok ni. cantikkk. Senang jer nak tnm "


betulla. senang tol nak tanam. 

Tanam jer kat tanah, inshallah memekarla dia.


baru baru ni aku blk kg nak ngambik lagi. mak aku x bg ambik banyak2 dah. kikiiii hari tu beria suruh anaknya membunga. Kan udah kurang koleksi mak.




cer teka ni pokok apa pulak.

caiiit ada ke pokok togeh.


Ni aku baru semai. Pokok taik ayam. bunga yg kaler oren tu. 
Aku salah semai pulak. terapat rapat sangat. mak aku ckp x cantik kalo rpt sangat.


Isnin lepas berlaku onar kat semaian aku ni. Kucing mana ntah melepas kat cini. tensen tolla. udah aku buang semua semaian ni. jgla ko kucing. kalo aku nmpk ngko aku bg ko mkn tayik ko tuh. Nasib baik sebelum tu aku dah pindahkan 2-3 pokok kat pasu lain.







pokok kari ni beli kat pasar. pun beli kat kampong. Alhamdulillah membesar dah. Pun kena tukar bekas tu. x sesuai dah , kecik beno.



Ni pulak cekor . Embah aku panggil "kencur". Pun sihat walafiat. Buat masak lemak keli sedap ni. nyummm terliur pulak tetiba.





eh ehhh dah pernah guna pun daunnya. 


Ginila kalo duduk kat pekan. nak bertanam semua dalam pasu. Serai pun aku ada tnm sepasu. Letak belakang umah. Dah ada serumpun kat depan umah tu tapi serainya kurus kurus la. Aku rasa sebab faktor tanah yg  kureng sesuai. Tnh byk campur simen & batu bata.


La ni aku ngah keringkan bijik cili. Kalo dah kering baru tnm dlm pasu. kiiii harap harap panjangla umurnya. 


Korang tahu x pokok " money plant ". pokok tu pun aku suka tnm. senang jer nak jg. Nampak hijau jerla laman umah. Kalo tergantung gantung pun cantik. Aku letak dlm umah. isi ngan air je. Kena rajinla check tiap minggu. Takut x psl psl menternak jentik jentik pulak.


lepas ni nak intai pokok lain pulak. Yg penting pokok yg senang dijaga. 


agknya sebab umah sendiri kan, tu yg excited nak mencantikkan umah ajer. 


Sekian.


No comments:

Post a Comment