Tuesday, April 8, 2014

Risiko Naik Motor ~ Bila Hujan Lebat ~


Assalamualaikum

Sebelum ni dah ada cerita risiko naik motor


Kali ni nak cerita risiko lain yg dirasai oleh pembonceng motorsikal. 

Bila hujan lebat + kilat + guruh sambung menyambung


pic dr google


Perghhh sekarang ni kan tiap2 petang hujan lebat.  Dah 2-3 kali aku balik ketika hujan turun. Ms kat opis masih renyai. Sampai dipertengahan jalan, hujan selebatnya, siap ngan pakej ada kilat & guruh yg berdentam dentum.


Tengah steady bwk mtr tu tiba tiba penggggggggg. Terkejut jap aku dibuatnya. Rasa  kilat tu dekat ajer ngan kita. Memang lemah jantung aku sekejap. Cuak jgn cakaple.

Kalo setakat hujan lebat ajer OK. Tapi bila ada kilat tu yg menakutkan. Terus teringat kes student kena sambar petir. Ya Allah takut sangat rasanya waktu tu. Nak stop xder perhentian yg sesuai. Lagi mengenangkan anak2 di taska belum berambil. Perjalanan dekat rasa jauh ajer. 

Terkumat kamit mulut aku berzikir. Mintak dilindungi perjalanan balik kerumah. Memang takut sangat waktu tu. Takut nya takutnyaaa huuu

Bila terlalu lebat sangat pun menganggu pemandangan.  Masa ni benda yg aku nak sangat ialah helmet yg ada wiper. Agak2 boleh x buat helmet yg ada wiper. 

Tu belum lagi kena percikan air yg kereta2 langgar tu. Kdg2 x leh buat apa. Redho ajerla kena percik. Nak elak2 kang mau terkena benda lain. Dugaannn. Bila lebat sangat terasa sejuk sampai menggigil 1 bdn. Achuumm


Bila hujan ni muhasabah diri jugak, aku pun kdg2 bwk kereta. So tahula mcm mn perasaan pembonceng mtr2 ni. Time hujan2 ni jgnla bwk laju2. Bila hujan jalan licin. Senang ajer nak berlaku kemalangan. Kalo melibatkan kereta sesama kereta xperla tapi kalo terbabas sampai melibatkan pelanggaran dgn pembonceng motorsikal ni, kesian diorg. 



Balik dalam keadaan basah kuyup sudah biasa. Tinggal pakai sabun , terus bilas. hahahaaa

Dah sampai area BSP blk umah dulu ambil kereta. Anak2 xleh kena hujan, senang ajer nak dapat demam.




1 comment:

  1. Tapi best kalau pandai ride motor Muja. Kakak tak pandai dan memang tak ada lesen pun.
    Basikal pun tak pandai apa lagi motor..

    ReplyDelete